BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, March 15, 2013

Jodoh Rahsia Allah


Cinta? Perkara paling indah bagi sesetengah orang termasuk aku (walaupun tak kesampaian). Istilah cinta wujud kerana timbulnya perasaan sayang antara dua pasangan. Percintaan yang abadi itu yang selalu diinginkan oleh setiap insan didunia. Siapa yang taknak kan? Tipulah kalau kau cakap tak..

Sebagai insan biasa yang hidup dimuka bumi ni, aku tak terlepas dari merasai perasaan cinta itu. Tapi perasaan itu sukar untuk hadir dalam diri aku selama ni. Mungkin kerana aku sorang yang choosy?demand? Of course la tidak. Aku seorang yang akan memilih pasangan kalau aku dapat merasakan sayang dan connection yang kuat terhadap seseorang tu. Bukan memilih rupa atau darjat malah umur pun tak dikisahkan. Senang citer aku pilih pasangan ikut hati.

Dalam menjalani hidup sebagai seorang yang solo, ada  jugak kekadang rasa sunyi. Teringin jugak nak ditemani seseorang. Tapi apa boleh buat. Jodoh rahsia Allah. Dengan adanya kawan-kawan yang sentiasa berada disisi, dapat jugak la hilangkan sunyi. Itulah pentingnya berkawan tapi jangan salah guna kawan pulak!

Tapikan, jadi solo kekadang best jugak. Tak kena control. Tak perlu nak call/message beritahu apa kita buat,kita kat mana,dengan siapa.kan? Jadi solo mengajar aku untuk berfikir tentang diri aku. Thats why tahun 2013 merupakan tahun aku relax dari semua hal tak berkaitan dengan pelajaran. Aku nak study sampai gempak. Nak naikkan pointer. Tahun depan boleh apply overseas. Insyaallah. Amin. Ni je lah citer aku. Sekian,terima kasih. Assalammualaikum..

Wednesday, January 30, 2013

Masalah

Assalammualaikum and Hai
Aku seorang periang dan hidup macam tak ada masalah. Semua ni sebab bagi aku, buat apa susahkan diri nak fikirkan sangat pasal masalah. Allah wujudkan masalah sebab Dia YAKIN kita boleh selesaikan. Sebab tu kita kena yakinkan diri sendiri yang masalah tu boleh selesai. Mungkin ada sesetengah masalah kita boleh selesaikan sendiri tapi ada yang kita kena kongsikan orang lain. Bagi aku, aku tak kisah kalau orang ceritakan masalah diaorang kat aku. Semua tu akan membuatkan aku lebih rapat dengan diaorang. Lagipun, memang lumrah hidup manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan makhluk selain pertolongan daripada Allah. Sebab tu hidup dalam dunia ni JANGAN SOMBONG. Kita memberi disaat diperlukan dan apabila mampu tanpa mengharapkan balasan. Mungkin ada yang tak akan mengaku masalah dia kepada kita, tapi kita kena pandai memahami situasi dia. Itu sebab pentingnya ILMU. Sesuatu masalah hadir tanpa mengenal usia,gender,agama mahupun bangsa. Kita kena bijak mengurus masalah sebab dunia akhir zaman ni macam-macam masalah berlaku. Tak kira siapa kita, setinggi mana darjat kita, kita tetap akan menghadapi masalah. Akhir sekali, masalah wujud sebab tu tanda Allah suruh kita mengingati Dia. Masalah membentuk diri kita. Caranya? Kita yang tentukan.
Sekian. Assalammualaikum

Thursday, January 17, 2013

Sayang,Marah,Normal

Assalammualaikum and Hai
Lepas peristiwa hati terluka dulu, aku banyak berfikir tentang 'relationship'. Ye la kan. Budak muda,laki pulak tu, mana lah pandai sangat dalam bab 'relationship' and perasaan ni. Perasan tau lah.. HEHEHE .. Pada mulanya aku SAYANG sangat pada dia,lepas terjadi kes tu, MARAH aku terpendam lebih sebulan. Sapa tak HOT kalau semua tu terjadi pada diri sendiri, DEPAN MATA. Hanya orang terdekat and orang yang baca entry aku yang lepas, tahu apa yang terjadi. Ada jugak aku whatsapp and text dia dalam sebulan tu tapi untuk perkara tertentu je. Lepas habis je conversations, aku mesti naik HOT. MESTI!!!!! Terkenang perkara yang lepas kononnya. 

Bila jumpa kat area campus, tak pernah tergerak hati aku nak tegur dia. Dalam kelas lagi lah,bila dia duduk sebelah or depan aku, langsung tak pandang apatah tegur dia tapi aku akan tegur orang sekeliling dia kecuali dia. Psycho giler aku. HAHAHA.. Tapi beberapa hari sebelum New Year, aku terfikir yang sampai bila aku nak terus perangai macam ni lagipun perasaan aku terhadap dia is NORMAL.
Detik 1st January 2013, aku whatsapp dia and dia reply. Aku minta maaf pada dia. Dia tanya kenapa,aku cakap lah sebab aku tak tegur or layan dia macam member-member yang lain and takut dia terasa. Ye. Memang dia terasa. Then, aku cakaplah kat dia yang aku nak jumpa dia esoknya (2nd January 2013) sebab nak minta maaf face to face dengan dia and dia pun setuju. 

2nd January 2013, lepas kelas Fianancial Management, aku jumpa dia kat luar kelas. Awkward giler time tu. Aku macam biasa blurr je time cakap dengan dia tapi time whatsapp,bukan main lagi. Tapikan, aku tak beritahu pada dia perkara yang sebenar yang menyebabkan aku buat MARAH pada dia. Patut ke aku beritahu?

Sekian, Assalammualaikum

Tuesday, November 27, 2012

Kesakitan Hati Seorang Remaja Lelaki

Assalamualaikum and Hai......
For this time, aku akan cerita pasal peristiwa paling menyakitkan hati yang terjadi minggu lepas. Minggu lepas adalah minggu paling menguji diri aku sebagai seorang remaja yang baru mengenal erti cinta. Baiklah,aku akan cerita sebabnya sekarang juga. Semua tahukan aku ada crush (entry sebelum ni aku ada cerita la). Minggu lepas is antara minggu paling busy bagi aku. Dengan assignment nak kena hantar plus mid-term exam. Macam biasa bantuan aku mesti diperlukan. VVIP katakan .. HAHAHA .. Termasuklah crush aku tu pun.

Pada Isnin, dia minta tolong aku buat assignment dia pada hari Selasa kat library so, aku pun relakan je. Selasa pagi, aku gi campus dengan dia jalan kaki. Dia ada tanya something kat aku .. 'kau sebagai lelaki, kalau hari ni kau couple then esoknya girlfriend kau minta putus, apa kau rasa? .. aku pun cakap 'of course la frust  tapi depends on that guy dia sayang girlfriend dia macam mana' .. tak lama lepas sampai kat library, ada sorang budak lelaki ni datang and bila dia blah, crush aku tu cakap 'dia la guy yang aku cakap tadi tu' .. Then aku baru perasan semua tu is about herself and aku still boleh terima lagi .. dalam pukul 12 dia gi jumpa budak tu cause by she has something to discuss with him .. Aku pun 'ok fine' ..

Next, aku nak gi lunch dengan member, dia datang ajak aku lunch sekali dengan budak tu. Aku refuse it sebab aku nak lunch dengan member aku. Dia pun 'Ok' .. After about an hour, aku balik ke library tapi tak perasaan dia ada kat situ because of aku gi melencong ke tempat lain, jumpa kawan aku. Then, kawan aku datang cakap crush aku tu panggil aku. Bila aku sampai je, aku nampak dia pegang tangan dengan budak tu. Aku still berlagak cool tapi dalam hati sakit giler. Semua member aku tanya either aku ok or tak.Urmm..Start that day, bila fikirkan dia,mesti aku sakit hati. Redha je aku mampu. Cukuplah sampai sini je citer aku. Takut bertambah sakit di hati..

Sekian, Assalammualaikum......

Monday, November 19, 2012

Aku Benci Politik

Assalammualaikum..Hye
arggggghhhhhhhhhh .. menyampah betul aku kalau cakap bab politik .. baru tadi ada perang twitter between aku dengan sorang mamat bajet bagus ni .. budak U aku jugak tapi semester lain .. aku cukup benci dengan orang yang tetiba je menyemak dengan pasal politik .. dia tak habis-habis retweet tweet sorang artis ni yang sibuk canang kebagusan parti politik dia tu .. kebabian apakah?.. aku pun update la 'jangan nak berpolitik kat sini wahai hamba Allah'.. start dari tweet tu sampai la tadi aku berperang dengan dia .. budak tu memang bawak masalah betul .. hari tu dah la sebab dia and the gang just ada 4 orang tu buat lebih 30 orang students terpaksa tukar jadual kelas .. elok 2 hari takda kelas jadi sehari .. memang bikin kitaorang panas la budak ni .. sebab hal tu dia gaduh kat facebook dengan member aku .. ok cukup dah aku lepaskan kemarahan .. banyak-banyak nanti jadi mengumpat pulak ..
Sekian, Assalamualaikum