BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Friday, March 15, 2013

Jodoh Rahsia Allah


Cinta? Perkara paling indah bagi sesetengah orang termasuk aku (walaupun tak kesampaian). Istilah cinta wujud kerana timbulnya perasaan sayang antara dua pasangan. Percintaan yang abadi itu yang selalu diinginkan oleh setiap insan didunia. Siapa yang taknak kan? Tipulah kalau kau cakap tak..

Sebagai insan biasa yang hidup dimuka bumi ni, aku tak terlepas dari merasai perasaan cinta itu. Tapi perasaan itu sukar untuk hadir dalam diri aku selama ni. Mungkin kerana aku sorang yang choosy?demand? Of course la tidak. Aku seorang yang akan memilih pasangan kalau aku dapat merasakan sayang dan connection yang kuat terhadap seseorang tu. Bukan memilih rupa atau darjat malah umur pun tak dikisahkan. Senang citer aku pilih pasangan ikut hati.

Dalam menjalani hidup sebagai seorang yang solo, ada  jugak kekadang rasa sunyi. Teringin jugak nak ditemani seseorang. Tapi apa boleh buat. Jodoh rahsia Allah. Dengan adanya kawan-kawan yang sentiasa berada disisi, dapat jugak la hilangkan sunyi. Itulah pentingnya berkawan tapi jangan salah guna kawan pulak!

Tapikan, jadi solo kekadang best jugak. Tak kena control. Tak perlu nak call/message beritahu apa kita buat,kita kat mana,dengan siapa.kan? Jadi solo mengajar aku untuk berfikir tentang diri aku. Thats why tahun 2013 merupakan tahun aku relax dari semua hal tak berkaitan dengan pelajaran. Aku nak study sampai gempak. Nak naikkan pointer. Tahun depan boleh apply overseas. Insyaallah. Amin. Ni je lah citer aku. Sekian,terima kasih. Assalammualaikum..

0 comments: